Tuesday, November 19, 2013

Syair Imam al-Syafie

Hatiku begitu terkesan dengan bait2 syair dr Imam al-Syafie ni..

"Merantaulah.. Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
Merantaulah.. Kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang
Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang
Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa
Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran
Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam..
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang
Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan.."

Wednesday, November 6, 2013

Tuhan.. Pilih Aku..

Mengapa Tuhan tidak memilih aku?
Utk bangun pd sepertiga malam,
Tenggelam dlm tangis mengenang dosa2..

Mengapa Tuhan tidak memilih aku?
Utk selalu berada di masjid,
Hanyut dlm jemaah dan majlis ilmu..

Ataupun kerana aku yg tidak pernah memilih Dia,
Utk aku kenang semasa sendiri,
Untuk aku ingat semasa gembira..

Tuhan pilih aku,
Menjadi hambaMu,
Yg sentiasa meninggalkan apapun,
Hanya utk memilihMu..

Sunday, October 20, 2013

Sabar dan Tabah Tak Mudah.. Tapi Kalau Kita Mahu, Semua Pun Boleh!

Assalamualaikum wbt.. 

Tergerak di hati utk menulis dan berkongsi sesuatu yg saya rasa perlu.. Saya tidak pernah sedar dan merasakan bahawa saya adalah orang yg sabar dan tabah.. Wallahi, saya memang lemah.. Saya juga menangis tatkala tidak tahu kepada siapa harus dikongsi rasa hati.. Menangis sebab itu luahan dari lubuk hati yang paling dalam.. Menangis sebab tak pandai nak marah orang.. Finally pandai menangis sendiri jek sampai tertidur! Sungguh, saya tidak kuat utk menempuh semua ujian yg diberikan olehNYA! Tp saya percaya, DIA takkan biarkan hambaNYA terkapai-kapai sendiri apabila diuji! Apabila rakan-rakan ramai yg tegur dan cakap saya nampak tabah, membuatkan saya terfikir semula adakah saya begitu?? Andai benar.. ALHAMDULILLAH, Allah sentiasa bersama saya. Dan saya selalu berharap saya tidak akan melupakan DIA dalam senang atau susah! Ameen ya Raheem..

So, macam mana nak jadi seorang yang TABAH? mesti semua orang ada masalah dan kadang-kadang dapat handle masalah tu tapi kadang-kadang jugak terasa beban dan akhirnya stress/tekanan yang tiada penghujungnye. Saya takde tips, tapi cuma nak kongsi beberapa pengalaman yang saya lalui sendiri. 

First, fikiran mesti sentiasa positif! untuk ape jua yang berlaku di sekeliling kita.. Dan di sinilah juga peranannya hati dimainkan, fikiran mesti positif! Bisik pada hati, ada sebab la tu kenapa Allah uji begitu. ada hikmahnye dan kalau boleh cubalah cari hikmah itu.. Kalau ikutkan macam lebih kurang pujuk diri sendiri lah.. tapi, percayalah tak rugi pon pujuk diri ni walaupon kita rasa penat dah! Ingat, Allah tak zalim dalam mengatur perjalanan hidup kita.. THINK POSITIVE! mungkin Allah ada rencana yang lebih baik untuk kita. kita tak tahu.. betul tak? Ok.. be positive! ^_^ 

Second, bersangka baik dengan Allah! Jangan tipu saya yang korang tak penah rasa suka dekat seseorang dan teringin nak berkasih sayang macam orang lain. Dating sana dating sini, jalan jalan bagai.. tetapi disebabkan batas pergaulan dan syariat Islam yang menggariskan adab sebagai Muslim dengan ajnabi, kita terpaksa pendam semua rasa itu sehinggalah kita dinikahkan dengan pasangan kita. Dan waktu korang rasa sunyi, INGAT! Allah sentiasa bersama kita.. jaga hati kita dan bersangka baik lah dengan Allah, bahawa dengan kesabaran yang ada ini, semoga Allah kurniakan kita pasangan soleh/solehah wa musleh! (Ameen..) untuk masa depan kita di dunia dan akhirat nanti.. Seringkali saya tegaskan bahawa, pertahankan CINTA kamu itu kepada yang sah menjadi pasangan kamu setelah diijabkabulkan. Sabar.. sabar.. sabar! 

Third, tenang! ketenangan hati itu adalah punca segala kebahagiaan.. tak percaya? Cubalah.. walau apa jua badai yang melanda, tenangkan hati mu, tarik nafas dalam-dalam, lepas dengan perlahan dan nikmati ketenangan dari hati. Cari lah kegembiraan itu dalam diri mu.. Jangan cari kegembiraan dari luar sebab confirm tak jumpa! In shaa ALLAH, setiap kesabaran itu pasti ada ganjarannya!

Last but not least.. SABAR! Ini adalah yang paling besar untuk kita terus TABAH dalam menghadapi ujian yang Allah berikan. Hayati lirik nasyid ni..


Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)
Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai
Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya
Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)
Hasbiallah, Hasbunallah
Hasbi Rabbi Jalallahu Ya Allah
Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu

 
So.. jangan pernah rasa kecewa dan putus asa dengan apa yang Allah tentukan. Pasti ada sebab kenapa Allah buat begitu dan begini, dan sudah pasti Allah punya rencana yang lebih baik untuk kita.. Semoga Allah sentiasa memelihara kita daripada kemungkaran dan kemaksiatan. Dan yang paling penting jangan sesekali lupa kepadaNya! Semoga beroleh manfaat darinya.. Smile! =)

Doa ku..

Ya ALLAH Ya Tuhan ku..
Muliakanlah aku, keluargaku dan orang-orang yang membaca tausiah ini..

Entengkanlah kakiku dan mereka untuk melangkah ke masjid..
Lapangkanlah hatiku dan hati-hati mereka..
Bahagiakanlah keluargaku dan keluarga mereka..

Luaskan rezekiku dan mereka seluas lautan..
Mudahkan segala urusanku dan urusan-urusan mereka..
Kabulkan cita-citaku dan cita-cita mereka..

Jauhkan ku, keluarga ku dan mereka dari segala musibah..
Jauhkan diriku, keluarga ku dan mereka dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan mungkar..
Dan dekatkanlah jodohku serta mereka..

Ameen ya Rabbal 'aalamin..


Saturday, October 19, 2013

Dear Luv Ya Rabb, Please.. Make Me Strong!

Always remind me myself.. roses are beauty, in da spring they grow.. Eyes dont see, what da mind doesnt know.. Life is not a bed of roses but is surrounded with thorns! O Allah.. plz make me strong.. Ameen Ya Raheem..

 

Dalam Sujud Ku..

Saban hari.. saban waktu.. Sujud ku tulus untuk Mu ya Rabb..
Di dalam sujudku.. ku bermohon kepadaMu setulus hati agar diampunkan dosa-dosaku yg lalu..
Di dalam sujudku.. ku bermohon kepadaMu serendah hati agar diberikan redhaMu atas kehidupanku ini.. 
Ampunilah segala dosa-dosa kedua ibubapaku.. Berilah mereka kegembiraan di dunia dan di akhirat..
Hanya mereka di hatiku setelah Engkau dan RasulMu..
Kabulkan lah doa-doa mereka.. dan jadikanlah aku anak yg solehah kepada mereka berdua..
Ya Rabb.. berikanlah sedikit kekuatan Mu kepadaku agar aku tabah menghadapi segala ujianMu.. 


Ku bermohon.. ku merayu.. ku bersujud.. hanya untukMu.. Lillahi Ta'ala..



Wednesday, October 9, 2013

Sekiranya Tuhan Keluarkan Bil..

Assalamualaikum wbt.. Sedikit perkongsian buah fikiran..

Allahu Rabbi.. terlalu byk nikmat yg ALLAH berikan. Walau bagaimanapon, perasaan ni hanye timbul apabila merasakan Tuhan Maha Besar n pd masa yg sama merasakan diri begitu kerdil, lemah dan miskin di hadapanNYA.. Jika Tuhan mengeluarkan bil bg segala nikmat yg dberikan, pasti kte tidak dpt mbayarnye.. Terlalu byk perkara yg ALLAH berikan secara PERCUMA!

"Dan sekiranya engkau menghitung nikmat2 Allah, (pasti) ia takkan terhitung." 
~Surah Ibrahim: ayat 34~

Marilah kte sama2 bayangkn apabila Tuhan mengeluarkan bil oksigen yg kte sedut sejak dlahirkan d dunia sehingga skrg.. Adakah kte mampu membayarnye?? ALLAHU RABBI.. Ampunkan dosa2 ku dan keluargaku.. serta muslimin dan muslimat sekalian.. Jgn lah Engkau membiarkan kami mjadi org2 yg zalim.. Ameen ya Raheem..