Sunday, October 20, 2013

Sabar dan Tabah Tak Mudah.. Tapi Kalau Kita Mahu, Semua Pun Boleh!

Assalamualaikum wbt.. 

Tergerak di hati utk menulis dan berkongsi sesuatu yg saya rasa perlu.. Saya tidak pernah sedar dan merasakan bahawa saya adalah orang yg sabar dan tabah.. Wallahi, saya memang lemah.. Saya juga menangis tatkala tidak tahu kepada siapa harus dikongsi rasa hati.. Menangis sebab itu luahan dari lubuk hati yang paling dalam.. Menangis sebab tak pandai nak marah orang.. Finally pandai menangis sendiri jek sampai tertidur! Sungguh, saya tidak kuat utk menempuh semua ujian yg diberikan olehNYA! Tp saya percaya, DIA takkan biarkan hambaNYA terkapai-kapai sendiri apabila diuji! Apabila rakan-rakan ramai yg tegur dan cakap saya nampak tabah, membuatkan saya terfikir semula adakah saya begitu?? Andai benar.. ALHAMDULILLAH, Allah sentiasa bersama saya. Dan saya selalu berharap saya tidak akan melupakan DIA dalam senang atau susah! Ameen ya Raheem..

So, macam mana nak jadi seorang yang TABAH? mesti semua orang ada masalah dan kadang-kadang dapat handle masalah tu tapi kadang-kadang jugak terasa beban dan akhirnya stress/tekanan yang tiada penghujungnye. Saya takde tips, tapi cuma nak kongsi beberapa pengalaman yang saya lalui sendiri. 

First, fikiran mesti sentiasa positif! untuk ape jua yang berlaku di sekeliling kita.. Dan di sinilah juga peranannya hati dimainkan, fikiran mesti positif! Bisik pada hati, ada sebab la tu kenapa Allah uji begitu. ada hikmahnye dan kalau boleh cubalah cari hikmah itu.. Kalau ikutkan macam lebih kurang pujuk diri sendiri lah.. tapi, percayalah tak rugi pon pujuk diri ni walaupon kita rasa penat dah! Ingat, Allah tak zalim dalam mengatur perjalanan hidup kita.. THINK POSITIVE! mungkin Allah ada rencana yang lebih baik untuk kita. kita tak tahu.. betul tak? Ok.. be positive! ^_^ 

Second, bersangka baik dengan Allah! Jangan tipu saya yang korang tak penah rasa suka dekat seseorang dan teringin nak berkasih sayang macam orang lain. Dating sana dating sini, jalan jalan bagai.. tetapi disebabkan batas pergaulan dan syariat Islam yang menggariskan adab sebagai Muslim dengan ajnabi, kita terpaksa pendam semua rasa itu sehinggalah kita dinikahkan dengan pasangan kita. Dan waktu korang rasa sunyi, INGAT! Allah sentiasa bersama kita.. jaga hati kita dan bersangka baik lah dengan Allah, bahawa dengan kesabaran yang ada ini, semoga Allah kurniakan kita pasangan soleh/solehah wa musleh! (Ameen..) untuk masa depan kita di dunia dan akhirat nanti.. Seringkali saya tegaskan bahawa, pertahankan CINTA kamu itu kepada yang sah menjadi pasangan kamu setelah diijabkabulkan. Sabar.. sabar.. sabar! 

Third, tenang! ketenangan hati itu adalah punca segala kebahagiaan.. tak percaya? Cubalah.. walau apa jua badai yang melanda, tenangkan hati mu, tarik nafas dalam-dalam, lepas dengan perlahan dan nikmati ketenangan dari hati. Cari lah kegembiraan itu dalam diri mu.. Jangan cari kegembiraan dari luar sebab confirm tak jumpa! In shaa ALLAH, setiap kesabaran itu pasti ada ganjarannya!

Last but not least.. SABAR! Ini adalah yang paling besar untuk kita terus TABAH dalam menghadapi ujian yang Allah berikan. Hayati lirik nasyid ni..


Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)
Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai
Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya
Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)
Hasbiallah, Hasbunallah
Hasbi Rabbi Jalallahu Ya Allah
Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu

 
So.. jangan pernah rasa kecewa dan putus asa dengan apa yang Allah tentukan. Pasti ada sebab kenapa Allah buat begitu dan begini, dan sudah pasti Allah punya rencana yang lebih baik untuk kita.. Semoga Allah sentiasa memelihara kita daripada kemungkaran dan kemaksiatan. Dan yang paling penting jangan sesekali lupa kepadaNya! Semoga beroleh manfaat darinya.. Smile! =)