Assalamualaikum wbt..
Tergerak di hati utk menulis dan berkongsi sesuatu yg saya rasa perlu.. Saya tidak pernah sedar dan merasakan bahawa saya adalah orang yg sabar dan tabah.. Wallahi, saya memang lemah.. Saya juga menangis tatkala tidak tahu kepada siapa harus dikongsi rasa hati.. Menangis sebab itu luahan dari lubuk hati yang paling dalam.. Menangis sebab tak pandai nak marah orang.. Finally pandai menangis sendiri jek sampai tertidur! Sungguh, saya tidak kuat utk menempuh semua ujian yg diberikan olehNYA! Tp saya percaya, DIA takkan biarkan hambaNYA terkapai-kapai sendiri apabila diuji! Apabila rakan-rakan ramai yg tegur dan cakap saya nampak tabah, membuatkan saya terfikir semula adakah saya begitu?? Andai benar.. ALHAMDULILLAH, Allah sentiasa bersama saya. Dan saya selalu berharap saya tidak akan melupakan DIA dalam senang atau susah! Ameen ya Raheem..
So, macam mana nak jadi seorang yang TABAH? mesti semua orang ada masalah
dan kadang-kadang dapat handle masalah tu tapi kadang-kadang jugak
terasa beban dan akhirnya stress/tekanan yang tiada penghujungnye. Saya takde tips, tapi cuma nak kongsi beberapa pengalaman
yang saya lalui sendiri.
First, fikiran mesti sentiasa positif! untuk ape jua yang berlaku di sekeliling kita.. Dan di sinilah juga peranannya hati dimainkan, fikiran mesti positif! Bisik pada hati, ada sebab la tu kenapa Allah uji begitu. ada hikmahnye dan kalau boleh cubalah cari hikmah itu.. Kalau ikutkan macam lebih kurang pujuk diri sendiri lah.. tapi, percayalah tak rugi pon pujuk diri ni walaupon kita rasa penat dah! Ingat, Allah tak zalim dalam mengatur perjalanan hidup kita.. THINK POSITIVE! mungkin Allah ada rencana yang lebih baik untuk kita. kita tak tahu.. betul tak? Ok.. be positive! ^_^
First, fikiran mesti sentiasa positif! untuk ape jua yang berlaku di sekeliling kita.. Dan di sinilah juga peranannya hati dimainkan, fikiran mesti positif! Bisik pada hati, ada sebab la tu kenapa Allah uji begitu. ada hikmahnye dan kalau boleh cubalah cari hikmah itu.. Kalau ikutkan macam lebih kurang pujuk diri sendiri lah.. tapi, percayalah tak rugi pon pujuk diri ni walaupon kita rasa penat dah! Ingat, Allah tak zalim dalam mengatur perjalanan hidup kita.. THINK POSITIVE! mungkin Allah ada rencana yang lebih baik untuk kita. kita tak tahu.. betul tak? Ok.. be positive! ^_^
Second, bersangka baik dengan Allah! Jangan tipu saya yang korang
tak penah rasa suka dekat seseorang dan teringin nak berkasih sayang macam
orang lain. Dating sana dating sini, jalan jalan bagai.. tetapi disebabkan batas pergaulan dan syariat Islam yang menggariskan adab
sebagai Muslim dengan ajnabi, kita terpaksa pendam semua rasa itu
sehinggalah kita dinikahkan dengan pasangan kita. Dan waktu korang rasa sunyi, INGAT! Allah sentiasa bersama kita.. jaga hati kita
dan bersangka baik lah dengan Allah, bahawa dengan kesabaran yang ada ini,
semoga Allah kurniakan kita pasangan soleh/solehah wa musleh! (Ameen..) untuk
masa depan kita di dunia dan akhirat nanti.. Seringkali saya tegaskan bahawa, pertahankan CINTA kamu itu kepada yang
sah menjadi pasangan kamu setelah diijabkabulkan. Sabar.. sabar.. sabar!
Third, tenang! ketenangan hati itu adalah punca segala kebahagiaan..
tak percaya? Cubalah.. walau apa jua badai yang melanda, tenangkan hati mu,
tarik nafas dalam-dalam, lepas dengan perlahan dan nikmati ketenangan
dari hati. Cari lah kegembiraan itu dalam diri mu.. Jangan cari kegembiraan dari luar sebab confirm tak jumpa! In shaa ALLAH, setiap kesabaran itu pasti ada ganjarannya!
Last but not least.. SABAR! Ini adalah yang paling besar untuk kita terus TABAH dalam menghadapi ujian yang Allah berikan. Hayati lirik nasyid ni..
Hidup tidak
selalunya indah
Langit tak
selalu cerah
Suram malam
tak berbintang
Itulah
lukisan alam
(Begitu
aturan Tuhan)
Jadilah
rumput nan lemah lembut
Tak luruh
dipukul ribut
Bagai karang
di dasar lautan
Tak terusik
dilanda badai
Dalam suka
hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang
awasi kealpaanmu
Setitis
derita melanda
Segunung
kurniaanNya
Usah
mengharapkan kesenangan
Dalam
perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam
berpanjangan
Maafkan
kesalahan insan
(Begitu
ajaran Tuhan)
Hasbiallah,
Hasbunallah
Hasbi Rabbi Jalallahu Ya Allah
Dalam diam
taburkanlah baktimu
Dalam tenang
buangkanlah amarahmu
Suburkanlah
sifat sabar
(Di) dalam
jiwamu itu
So.. jangan pernah rasa kecewa dan putus asa dengan apa yang Allah tentukan. Pasti ada sebab kenapa Allah buat begitu dan begini, dan sudah pasti Allah punya rencana yang lebih baik untuk kita.. Semoga Allah sentiasa memelihara kita daripada kemungkaran dan kemaksiatan. Dan yang paling penting jangan sesekali lupa kepadaNya! Semoga beroleh manfaat darinya.. Smile! =)